CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 7, 2009

Tugasan Kelas : Nota

Konsep Kajian Tindakan....
Apa itu kajian tindakan ?

  • Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru.
  • Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan..(Hanipah Hussin : 2001)
  • McBride & Schostak (1994): Kajian tindakan merupakan refleksi mengenai pengajaran sendiri yang dilakukan dalam satu putaran perubahan, dan fokus utama penyelidikan tindakan adalah dalam memperbaiki amalan
  • Dalam perkataan mudah, kajian tindakan ialah satu penyelidikan yang dilakukan oleh seorang guru terhadap amalan kerjanya di bilik darjah atau di sekolah untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan keberkesanan kerja yang dilakukannya agar dapat melahirkan para pelajar yang cemerlang dari setiap aspek.


Latar belakang kajian tindakan

  • Diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946 .
  • Mendapat perhatian rakan-rakan sekerja seperti Stephen Corey, Kenneth Benne dan Hilda Taba (Teachers College, University of Columbia)bagimenjalankan kajian tindakan mengenai penggubalan kurikulum dan peningkatan profesionalisme perPensyarahan.
    Idea ini berkembang luas sehingga akhir tahun 1950an.
  • Pada tahun-tahun 1970an, kajian tindakan mula mendapat perhatian antarabangsa.

Jenis-jenis kajian tindakan
Menurut Ferrance (2000), kajian tindakan terbahagi kepada 4 jenis iaitu:
Kajian tindakan individu
• Memfokuskan kepada isu-isu dalam kelas.
• Mencari penyelesaian kepada permasalahan seperti pengurusan bilik darjah, strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, dan pembelajaran pelajar.
• Contohnya isu pelajar mengantuk dalam kelas sewaktu subjek Sejarah.
• Melibatkan pengumpulan data dan pemerhatian terhadap penglibatan pelajar dalam kelas.
• Guru yang membuat kajian ini tidak akan berkongsi dengan orang lain sehinggalah beliau benar-benar yakin dengan hasil kajian beliau dan memilih untuk persembahkan kepada umum.
Kajian tindakan kolaboratif
• Melibatkan dua atau lebih guru yang berminat terhadap permasalahan dalam kelas.
• Melibatkan satu kelas atau banyak kelas yang mempunyai masalah yang sama.
• Contohnya isu kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar; oleh itu, beberapa guru daripada Panitia Bahasa Inggeris mencari jalan untuk meningkatkan penguasaan pelajar tersebut.
• Adakalanya diberi sokongan oleh organisasi luar sekolah seperti pihak PPD.
Kajian tindakan sekolah
• Memfokuskan kepada isu sekolah (bukan bilik darjah)
• Contohnya isu kurangnya penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah; oleh itu, pihak sekolah mencari jalan menarik minat ibu bapa supaya terlibat dalam aktiviti di sekolah.
• Melibatkan semua warga sekolah terutamanya Kelab Guru dan Kakitangan serta PIBG dalam mencari perancangan tindakan (plan of action)
Kajian tindakan daerah
• Kajian ini lebih kompleks
• Memerlukan banyak perbelanjaan dan komitmen daripada ramai guru
• Isu-isu melibatkan pengurusan organisasi, kajian berasaskan komuniti, kajian berasaskan pencapaian dalam peperiksaan dan juga proses pemilihan keputusan tentang satu masalah yang melibatkan beberapa buah sekolah dalam satu daerah.
• Contohnya, untuk memantapkan lagi penglibatan pelajar Tingkatan 5 di Daerah Kinta dalam aktiviti kokurikulum sebagai persediaan ke IPT


Model kajian tindakan

Model 1 : Emily Calhoun (1994)
Menyatakan bahawa kitaran kajian tindakan termasuklah pemilihan masalah, pengumpulan data, pengorganisasian data, penganalisisan dan penginterpritasian data, dan tindakan.



•Model 2: Kemmis and McTaggart (1988)
Reka bentuk ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian; rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.


Model 3: Ernest Stringer (1996)
Menyatakan “ kitaran interaksi kajian tindakan” termasuklah pemerhatian, pemikiran,dan tindakan. Proses ini akan diulang-ulang.

0 comments: