CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 7, 2009

Tugasan 2 : Ulasan Journal

Journal 1
Tajuk : Using Action Research to Develop Preservice Teachers’ Confidence, Knowledge
and Beliefs about Technology.
Penulis: Mary Lundeberg, Mark Bergland, Karen Klyczek dan Dan Hoffman

Abstrak
Kajian ini melibatkan calon guru dalam projek kajian tindakan dengan kerjasama profesor atau guru yang memberikan peluang bagi calon guru untuk mengembangkan pengetahuan kandungan pedagogi, menyemak keyakinan diri ketika mengajar, dan memperoleh kepercayaan diri. Dalam kajian ini, pengkaji memfokus pada perubahan dalam keyakinan,pengetahuan, dan kepercayaan. Kajian tindakan ini melibatkan 10 guru pra-perkhidmatan dengan kerjasama profesor biologi, seorang guru pendidik, dan guru biologi SMA untuk menilai projek National Science Foundation (NSF) yang ditaja selama dua tahun. Objektif dari projek NSF adalah untuk meningkatkan kaedah pembelajaran berdasarkan kes di sekolah menengah dan universiti kuliah biologi di seluruh dunia melalui penggunaan simulasi computer bagi molekul biologi dan perbincangan di internet . Keputusan kajian menunjukkan bahawa melibatkan guru pra-perkhidmatan dengan kajian tindakan iaitu mengkaji kesan pembelajaran berdasarkan multimedia meningkatkan interaksi dengan pelajar dan dapat memantau situasi pelajar di dalam makmal serta kedudukan guru. Selain itu, guru pra-perkhidmatan juga dilaporkan memperoleh peningkatan kepada kepercayaan diri dan mengembangkan pengetahuan pedagogi mengenai penggunaan teknologi yang lebih kompleks.

Permasalahan kajian

Tujuan utama kajian ini dilakukan ialah untuk menyiasat sama ada melibatkan guru sains baru/pra-perkhidmatan dalam menilai pembelajaran kolaboratif berdasarkan penggunaan media memberi kesan terhadap kepercayaan mereka mengenai pengintegrasiaan teknologi, membangunkan pengetahuan mereka mengenai kandungan pedagogi yang teknikal dan meningkatkan keyakinan diri mereka untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran.


Sampel kajian dan di mana setting kajian
Pada peringkat universiti,kajian ini melibatkan seminar secara kolaboratif bagi guru sains dalam tempoh dua tahun yang mana melibatkan 10 guru pra-perkhidmatan yang mana mereka sedang membuat persediaan untuk menjadi guru sains di sekolah tinggi. Guru pra-perkhidmatan ini (10 lelaki dan 10 perempuan) akan dibantu oleh professor biologi,guru berpengalaman dan guru biologi sekolah tinggi dalam menguji keberkesanan projek internet berdasarkan multimedia melibatkan 2 sekolah tinggi yang mempunyai kursus biologi.

Prosedur
Guru sains yang baru/pra perkhidmatan akan terlibat dalam seminar mingguan di mana mereka perlu membaca mengenai simulasi multimedia dalam sains dan memperoleh pengalaman dengan Case It! Software dan kemudiannya membuat pemerhatian dan mengumpul data di dalam kelas di sekolah.Pada hari pertama dan terakhir di seminar guru pra-perkhidmatan perlu melengkapkan borang kaji selidik mengenai keyakinan diri mereka dan pengetahuan dalam memahami kandungan bioteknologi dan penggunaan multimedia yang interaktif dalam sains. Menggunakan kaedah kualitatif iaitu penggunaan borang soal selidik seperti rubrik dan soalan wawancara.

Kaedah pengumpulan data dan data analisis
Menggunakan borang kaji selidik, dan pendapat melalui persidangan internet. Pada tahun pertama mereka menganalisis 30 web poster ( 15 daripada pelajar kolej dan 30 daripada pelajar sekolah tinggi),60 persidangan web ( 30 daripada pelajar kolej dan 30 daripda pelajar sekolah tinggi) dan wawancara dengan 24 palajar sekolah tinggi dan 25 pelajar kolej. Pada tahun kedua lebih tertumpu kepada pelajar sekolah tinggi yang melibatkan 8 kumpulan yang terdiri daripada 17 orang pelajar.
Daripada pemerhatian dan wawancara yang telah dijalankan selama 2 tahun didapati pelajar dan guru melaksanakan projek multimedia. Didapati juga perubahan keyakinan pelajar terhadap subjek dengan bantuan penggunaan multimedia begitu juga dengan guru baru.

Dapatan kajian
Penglibatan guru pra-perkhidmatan dengan kajian tindakan iaitu mengkaji kesan pembelajaran berdasarkan multimedia meningkatkan interaksi dengan pelajar dan dapat memantau situasi pelajar di dalam makmal serta kedudukan guru. Selain itu, guru pra-perkhidmatan juga dilaporkan memperoleh peningkatan kepada kepercayaan diri dan mengembangkan pengetahuan pedagogi mengenai penggunaan teknologi yang lebih kompleks.
Journal 2
Tajuk: Engineering a Poem: An Action Research Study
Penulis: Janice Koch and Brooke Feingold

Abstrak

Kajian ini, meneliti penggunaan teknologi yang direka untuk mengajar puisi dalam kelas gred kelima. Tujuan utama penggunaan puisi adalah untuk mengembangkan keupayaan pelajar untuk menggunakan suara kreatif mereka sendiri untuk mengekspresikan diri mereka dan untukmenulis puisi yang deskriptif di mana memberi gambaran yang jelas bagi pembaca. Bagi mengukuhkan konsep yang terkini, guru menggunakan cabaran iaitu dengan meminta pelajar gred kelima ini untuk membuat perwakilan dalam bentuk tiga dimensi mengenai perumpamaan yang dihasilkan daripada puisi pelajar lain. Kemampuan mereka untuk memenuhi spesifikasi yang direncanakan dan desakan cabaran akan diperhati dan diteliti oleh guru kelas. Pemahaman pelajar dalam perumpamaan,penilaian terhadap puisi, dan kemampuan mereka untuk menulispuisi dapat dipertingkatkan lagi. Teknologi yang direka menjadi platform untuk meluahkan kreativiti yang biasanya tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran puisi.

Permasalahan kajian
Dalam menetapkan harapan tinggi untuk prestasi pelajar, penyelidik membuat hipotesis bahawa menyepadukan reka bentuk dan teknologi dengan puisi mungkin akan meningkatkan prestasi pelajar dalam menulis puisi, sementara dalam masa yang sama menyediakan konteks di mana amalan reka bentuk kejuruteraan. Selanjutnya, penyelidik ingin tahu bagaimana pelajar yang terlibat dalam unit puisi akan memanfaatkan pengalaman bagi memenuhi keperluan reka bentuk projek .


Sampel kajian dan di mana setting kajian
Sampel kajian : 22 orang pelajar gred kelima.
Setting kajian : Kelas

Prosedur
Pengkaji memerhati interaksi dan pengalaman pelajar dengan mengunjungi guru dikelas. Pelajar akan diberikan beberapa tugasan untuk membuat puisi. Setiap tugasan merupakan peluang untuk pelajar bagi mengaplikasikan apa yang mereka tahu dalam bentuk puisi yang berlainan. Dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam perumpamaan dalam puisi,pelajar perlu mewakilkannya dalam bentuk grafik yang interaktif. Guru sebagai pengkaji berminat untuk memahami bagaimana pelajar yang terlibat dalam unit puisi akan memenuhi keperluan reka bentuk projek. Guru kemudiannya memberikan cabaran-cabaran kepada pelajar bagi meningkatkan penguasaan dan kreativiti mereka.

Kaedah pengumpulan data dan data analisis
Menganalisis jawapan melalui instumen penilaian. Melalui soalan yang diberikan kepada pelajar. Analisis pemahaman pelajar berkenaan dengan puisi. Analisis portfolio dan produk yang dihasilkan oleh pelajar dan penilaian kendiri pelajar. Terdapat perubahan sebelum dan selepas teknik ini diaplikasikan. Penguasaan bertambah baik setelah mengaplikasikan teknik ini.
Journal 3
Tajuk: Seventh-grade Students' Understanding of Chemical Reactions: Reflections from an Action Research Interview Study
Penulis: Ingo Eilks, Jens Moellering dan Nicos Valanides

Abstrak

Kajian ini membincangkan mengenai pelajar gred 7 memberi penjelasan tentang peleburan dan pembakaran dan juga mengenalpasti pemahaman mereka tentang perbezaan antara perubahan fizikal dan kimia. Strategi pengajaran awalnya dinegosiasikan dalam suatu kumpulan kajian tindakan dan strategi ini kemudian digunakan dalam mengajar pelajar gred tujuh. Pengajaran diterapkan dengan pendekatan gagasan bahawa pertukaran zarah diskrit boleh digunakan untuk membezakan reaksi kimia daripada perubahan fizikal sederhana. Data dikumpul oleh suatu kumpulan guru yang menjalankan kajian tindakan yang melakukan wawancara dengan ayah pelajar daripada kelas kimia yang berbeza. Wawancara ditranskripsi, kemudian dianalisis dan dinilai kerjasama dengan para penyelidik dari universiti. Kesalahan utama dan konsep-konsep alternatif yang telah dikenalpasti dibincangkan. Selanjutnya, beberapa implikasi untuk membangunkan strategi pengajaran yang tepat dan bahan kurikulum juga diringkaskan.

Permasalahan kajian

Kajian ini dilakukan bagi mendapatkan penambahbaikan tentang cara yang akan digunakan dalam kitaran baru pembangunan pengajaran dan pembelajaran. Ini melibatkan guru-guru menyertai dalam proses penilaian rangkaian dalam kajian tindakan dan membiasakan mereka dengan penilaian dan proses kajian.

Sampel kajian dan di mana setting kajian
Sampel kajian : Pelajar gred 7
Setting kajian : 4 buah sekolah di Jerman.

0 comments: