CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 13, 2009

Aktiviti 5 – Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 Mini KT

Individu : Kajian tindakan dilakukan guru (pelatih/novis/berpengalaman adalah untuk:

  • Penyelesaian masalah secara kolaboratif dan penghasilan pengetahuan baru mengenai cara menyelesaikan masalah antara pengkaji dengan orang yang dikaji.
  • Untuk memperbaiki kaedah yang digunakan semasa pengajaran bagi memenuhi keperluan pelajar.
  • Merupakan satu cara di mana guru akan bersedia berhadapan dengan permasalahan yang rumit kerana masalah akan berubah dari masa ke semasa.
  • Berkebolehan untuk memahami, merancang dan melaksanakan perubahan dalam di kelas bagi memenuhi keperluan.
  • Mengintegrasikan penggunaan cara pengumpulan data yang pelbagai bagi mendapatkan satu laporan.
  • Menambahkan pengetahuan guru kerana bagi menjalankan kajian tindakan guru perlu kreatif dan mempunyai pengetahuan mengenai pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang hendak digunakan.
  • Menggalakkan guru membangunkan kemahiran mengenai pengurusan untuk membantu pelajar.

Kumpulan

MENGAPA guru NOVIS perlu melakukan kajian tindakan?Guru novis perlu melakukan kajian tindakan kerana:

  • Guru novis adalah guru yang masih baru dalam bidang pendidikan, kajian tindakan perlu dilakukan oleh guru-guru novis kerana melalui kajian tersebut mereka boleh mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar, suasana dalam kelas, malah pengurusan dan pentadbiran sistem sekolah itu sendiri.
  • Hasil daripada kajian tindakan yang dibuat, guru-guru khususnya guru novis itu sendiri dapat membuat perancangan huraian mata pelajaran yang akan disampaikan dengan lebih berkesan berdasarkan keperluan pelajar yang akan diajar. Perancangan adalah salah satu daripada item penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini jelas kerana, tanpa perancangan seorang guru akan gagal menyampaikan pengajarannya.
  • Seorang guru novis perlu melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah adalah untuk menambahkan pengetahuan dan melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu amalan. Sebagai individu baru dalam bidang pendidikan, guru-guru novis ini seharusnya sentiasa melakukan kajian tindakan untuk menambahkan pengetahuan mereka dan juga menambahbaikkan amalan-amalan yang telah dilakukan oleh guru-guru sebelum ini sebagai penambahbaikkan dalam institusi pendidikan Negara.
  • Berdasarkan kajian-kajian tindakan yang dilakukan juga boleh dijadikan panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan mereka jalankan kelak. Hal ini jelas, kerana daripada hasil-hasil kajian yang dibuat, mereka boleh mengenal pasti item-item yang sesuai diikuti daripada guru-guru berpengalaman dan yang mana yang perlu dibaiki.Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.


0 comments: