Saturday, November 21, 2009
AKTIVITI 6
Posted by Roslinda Binti Roslan at 6:49 AM 0 comments
Friday, November 13, 2009
Aktiviti 5 – Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 Mini KT
Individu : Kajian tindakan dilakukan guru (pelatih/novis/berpengalaman adalah untuk:
- Penyelesaian masalah secara kolaboratif dan penghasilan pengetahuan baru mengenai cara menyelesaikan masalah antara pengkaji dengan orang yang dikaji.
- Untuk memperbaiki kaedah yang digunakan semasa pengajaran bagi memenuhi keperluan pelajar.
- Merupakan satu cara di mana guru akan bersedia berhadapan dengan permasalahan yang rumit kerana masalah akan berubah dari masa ke semasa.
- Berkebolehan untuk memahami, merancang dan melaksanakan perubahan dalam di kelas bagi memenuhi keperluan.
- Mengintegrasikan penggunaan cara pengumpulan data yang pelbagai bagi mendapatkan satu laporan.
- Menambahkan pengetahuan guru kerana bagi menjalankan kajian tindakan guru perlu kreatif dan mempunyai pengetahuan mengenai pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang hendak digunakan.
- Menggalakkan guru membangunkan kemahiran mengenai pengurusan untuk membantu pelajar.
Kumpulan
MENGAPA guru NOVIS perlu melakukan kajian tindakan?Guru novis perlu melakukan kajian tindakan kerana:
- Guru novis adalah guru yang masih baru dalam bidang pendidikan, kajian tindakan perlu dilakukan oleh guru-guru novis kerana melalui kajian tersebut mereka boleh mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar, suasana dalam kelas, malah pengurusan dan pentadbiran sistem sekolah itu sendiri.
- Hasil daripada kajian tindakan yang dibuat, guru-guru khususnya guru novis itu sendiri dapat membuat perancangan huraian mata pelajaran yang akan disampaikan dengan lebih berkesan berdasarkan keperluan pelajar yang akan diajar. Perancangan adalah salah satu daripada item penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini jelas kerana, tanpa perancangan seorang guru akan gagal menyampaikan pengajarannya.
- Seorang guru novis perlu melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah adalah untuk menambahkan pengetahuan dan melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu amalan. Sebagai individu baru dalam bidang pendidikan, guru-guru novis ini seharusnya sentiasa melakukan kajian tindakan untuk menambahkan pengetahuan mereka dan juga menambahbaikkan amalan-amalan yang telah dilakukan oleh guru-guru sebelum ini sebagai penambahbaikkan dalam institusi pendidikan Negara.
- Berdasarkan kajian-kajian tindakan yang dilakukan juga boleh dijadikan panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan mereka jalankan kelak. Hal ini jelas, kerana daripada hasil-hasil kajian yang dibuat, mereka boleh mengenal pasti item-item yang sesuai diikuti daripada guru-guru berpengalaman dan yang mana yang perlu dibaiki.Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.
Posted by Roslinda Binti Roslan at 6:47 PM 0 comments
Aktiviti 4: tugasan 4 mini KT
Berdasarkan perbincangan di antara ahli kumpulan, kami telah sepakat untuk memilih tajuk berikut untuk dijadikan mini kajian tindakan kumpulan kami. Tajuk yang telah dipilih adalah seperti yang berikut:-
"KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL MENGGUNAKAN GAMBAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN"
Posted by Roslinda Binti Roslan at 6:44 PM 0 comments
Aktiviti 2: Tugasan 2 – Jurnal
JURNAL 1
Tajuk:The impact of Learning Style on Interactivity in Asynchoronous e-Learning by Katica Roy
Permasalahan kajian
Melihat keberkesanan cara pembelajaran interaksi yang berkesan terhadap pelajar dan keperluan pembelajaran secara e-learning secara interaktif.
Pengkaji menumpukan kepada penyampaian maklumat dan bertanya kepada pelajar apa yang boleh dilakukan dengan maklumat yang diberikan secara intraktif untuk melihat kemampuan pelajar. Pengkaji juga mencabar pelajar dengan memberikan mereka kajian kes dan 3 soalan kajian kes untuk dimelihat keberkesanan tersebut.
JURNAL 2
Tajuk: Participatory Action Research: Creating an effective prevention curriculum for adoloscentsin the Southwestern US by M.N. Gosin, P.A. Dustman, A.E. Drapeau & M.L. Harthun.
Permasalahan kajian
Kajian ini tentang bagaimana komponen kaedah PAR digunakan untuk mereka satu kurikulum Drug Resistance Strategies (DRS) untuk pelbagai populasi remaja di US.
JURNAL 3
Tajuk: Using Action Research to develop Preservice Teachers Confidence,knowledge and beliefs about technologyby Mary Lundeberg
Permasalahan kajian
Dalam menetapkan harapan tinggi untuk prestasi pelajar, penyelidik membuat hipotesis bahawa menyepadukan reka bentuk dan teknologi dengan puisi mungkin akan meningkatkan prestasi pelajar dalam menulis puisi, sementara dalam masa yang sama menyediakan konteks di mana amalan reka bentuk kejuruteraan. Selanjutnya, penyelidik ingin tahu bagaimana pelajar yang terlibat dalam unit puisi akan memanfaatkan pengalaman bagi memenuhi keperluan reka bentuk projek .
JURNAL 4
Tajuk : Action Research in Language Teacher Education by Christine Thorne & Wang Qiang
Permasalahan kajian
Kajian ini tentang penerapan dan pembangunan projek asas kajian tindakan untuk program Sino-British MA dalam program Inggeris di Universiti Normal BeijinG.
JURNAL 5
Tajuk: Who is Conducting Teacher Research? byDebbie L.Hahs-Vaughn, (Uni. Of Central Florida)
Permasalah kajian
Pengkaji dalam jurnal ini mebuat kajian tindakan untuk mengkaji faktor yang mendorong guru terlibat dalam penyelidikan/kajian tindakan.
Terdapat 3 model yang ditunjukan dalam kajian tersebit, iaitu:· Model 1 - Melihat hubungan antara perwatakan guru dan penyelidikan kolaborasi· Model 2 - Kesan pesekitaran sekolah terhadap perwatakan guru untuk model 1 Model 3 - Melihat penyertaan dari golongan jabatan professional dan bagaimana faktor ini memberi kesan yang besar terhadap penyertaan guru dalam membuat penyelidikan.
Hasil daripada kajian tindakan yang dibuat, pengkaji mendapati guru hari ini perlu lebih dari sekadar pemberi maklumat untuk keberkesanan dalam mengawal pelajar. Guru perlu memastikan apa yang diajar membawa kesan positif terhadap pelajar.Kelebihan mengajar di sekolah persendirian , mengajar di kawasan Bandar, dan mendapat sokongan dari pihak sekolah meningkatkan penglibatan guru dalam bidang penyelidikan.
JURNAL 6
Tajuk : Teacher research: Challenging Our Assumptions. by Lori I. Robins, Gisela Villagomez, Derek Dockter, Elizabeth Christopher,Christine Ortiz, Cynthia Passmore, and Martin H. Smith
Permasalah kajian
Menguji pemahaman pelajar kelas kimia di sekolah tinggi tentang hukum gas. (mereka gagal menguasai pengajaran tersebut/terhad). Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Tinggi, California
Data yang diperolehi dan dikumpulkan melalui pertanyaan berhubung dengan pemahaman mereka tentang hukum-hukum gas, tinjiauan ketika pelajar menjalankan eksperimen dan ketika ujian berlangsung. Hasil-hasil daripada eksperimen dikumpulkan di akhir kajian.Data dianalisis secara kuantitatif. Hasil daripada kajian tersebut, pengkaji mendapati faktor utama pelajar-pelajar kurang memahami hukum gas dalam pengajaran adalah disebabkan oleh mereka lemah dalam penguasaan algebra yang memperlihatkan pemahaman hukum gas.
Journal 7
Tajuk: Seventh-grade Students' Understanding of Chemical Reactions: Reflections from an Action Research Interview Study by Ingo Eilks, Jens Moellering dan Nicos Valanides
Permasalahan kajian
Kajian ini membincangkan mengenai pelajar gred 7 memberi penjelasan tentang peleburan dan pembakaran dan juga mengenalpasti pemahaman mereka tentang perbezaan antara perubahan fizikal dan kimia. Strategi pengajaran awalnya dinegosiasikan dalam suatu kumpulan kajian tindakan dan strategi ini kemudian digunakan dalam mengajar pelajar gred tujuh. Pengajaran diterapkan dengan pendekatan gagasan bahawa pertukaran zarah diskrit boleh digunakan untuk membezakan reaksi kimia daripada perubahan fizikal sederhana. Data dikumpul oleh suatu kumpulan guru yang menjalankan kajian tindakan yang melakukan wawancara dengan ayah pelajar daripada kelas kimia yang berbeza. Wawancara ditranskripsi, kemudian dianalisis dan dinilai kerjasama dengan para penyelidik dari universiti. Kesalahan utama dan konsep-konsep alternatif yang telah dikenalpasti dibincangkan. Selanjutnya, beberapa implikasi untuk membangunkan strategi pengajaran yang tepat dan bahan kurikulum juga diringkaskan.
Journal 8
Tajuk: Engineering a Poem: An Action Research Study by Janice Koch and Brooke Feingold
Permasalahan kajian
Dalam menetapkan harapan tinggi untuk prestasi pelajar, penyelidik membuat hipotesis bahawa menyepadukan reka bentuk dan teknologi dengan puisi mungkin akan meningkatkan prestasi pelajar dalam menulis puisi, sementara dalam masa yang sama menyediakan konteks di mana amalan reka bentuk kejuruteraan. Selanjutnya, penyelidik ingin tahu bagaimana pelajar yang terlibat dalam unit puisi akan memanfaatkan pengalaman bagi memenuhi keperluan reka bentuk projek .
Posted by Roslinda Binti Roslan at 6:18 PM 0 comments
Aktiviti 1: Tugasan 1 Buku
Buku 1 : Doing Action Research In your Own Organization.
Buku 2 : Teaching As Learning (An Action Research Approach)
Individu : -
Kajian tindakan merupakan penglibatan , proses demokratik yang berkaitan dengan pembangunan pengetahuan praktikal bagi memenuhi keperluan manusia berdasarkan pada pandangan dunia partisipatif. Kajian tindakan dilakukan untuk menyelesaikan masalah. Kajian tindakan merupakan proses yang berterusan melibatkan pengesanan masalah, perancangan,pengumpulan data,mengambil tindakan dan memerhatikan keputusan tindakan yang dilakukan bagi perancangan tindakan selanjutnya.
Kumpulan:-
Konsep kajian tindakan berdasarkan buku Teaching As Learning (An Action Research Approach) adalah merupakan sesuatu langkah penambahbaikan dalam bidang yang dikaji melibatkan langkah-langkah yang tertentu seperti kenal pasti masalah,mengumpul data,mentafsir data, melakukan tindakan,menilai tindakan dan mengulangi langkah di nyatakan. Kajian tindakan dilakukan secara berterusan. Ciri-Ciri Kajian TindakanBerdasarkan buku Doing Action Research In your Own Organization, terdapat 4 ciri-ciri kajian tindakan iaitu:
- Merupakan kajian dalam masa yang sama melakukan tindakan,dan bukan merupakan kajian mengenai tindakan yang dilakukan. Pengkaji melakukan kajian dengan sampel yang mengalami masalah secara langsung. Contohnya pelajar mengantuk di sekolah,guru mencari inisiatif untuk melakukan kajian terhadap pelajar tersebut.
- Ahli dalam berada dalam kajian (pelajar) perlu aktif dalam proses kajian tindakan yang dijalankan. Contohnya pelajar perlu melibatkan diri dan bertindak balas secara aktif sepanjang kajian dijalankan.
- Melakukan tindakan secara serentak ketika menjalankan kajian tindakan. Contohnya ketika guru mengajar guru menggunakan pelbagai kaedah sepanjang kajian untuk mencari kaedah yang paling efektif dan mengaplikasikannya di dalam kelas.
- Mencari cara atau kaedah untuk menyelesaikan masalah terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan secara sistematik. Contohnya, apabila hendak melakukan suatu kajian, pengkaji perlu melakukan mengikut turutan
Posted by Roslinda Binti Roslan at 6:02 PM 0 comments
Saturday, November 7, 2009
Tugasan 1 :Ulasan Buku
Penerangan mengenai teknik pengumpulan data dan teknik menganalisis yang dicadangkan dalam buku ini ialah;-
1. Meminta pendapat individu yang terlibat dalam kajian yang dijalankan.
- Ini merupakan data yang dihasilkan kerana ia berdasarkan maklum balas dan pendapat individu yang terlibat dalam kajian yang dijalankan.Pendapat-pendapat individu kemudian dikumpulkan bagi menjadi rujukan kepada pengkaji untuk menilai.
2. Melakukan pemerhatian.
- Pemerhatian dilakukan ketika interaksi berlaku contohnya antara pelajar dengan pelajar,pelajar dengan guru dan sebagainya. Melalui pemerhatian yang dilakukan pengkaji akan mendokumenkan pemerhatian tersebut. Ketika melakukan pemerhatian pengkaji akan memantau dan memerhati penyelesaian yang digunakan. Boleh dilakukan secara formal atau tidak formal.
3. Menggunakan borang kajiselidik.
- Dengan memberikan peserta dengan borang kaji selidik,pengkaji dapat mengumpulkan maklum balas dan pendapat dari lebih banyak peserta. Ini juga dikenali sebagai data yang sebenar kerana terhasil daripada pendapat dan idea dari para peserta berkenaan kajian yang dijalankan.
4. Temuramah
- Merupakan teknik pengumpulan data yang tidak berstruktur dan bergantung kepada apa yang dikatakan oleh orang yang ditemuramah.
5. Mesyuarat
-Melalui mesyuarat data dapat diperolehi daripada sesetengah peserta di mana ketika ini mereka boleh menyuarakan pendapat,cadangan dan sebagainya dan data ini didokumenkan sebagai minit mesyuarat.
Setelah melakukan pengumpulan data pengkaji akan mendiognostik/menganalisis data-data yang ada . Berdasarkan respon yang diberikan pengkaji akan menemui kelemahan-kelemahan yang perlu dibaiki. Daripada kelemahan ini,pengkaji akan cuba mencari jalan penyelesaian bagi penambahbaikan kajian tindakan yang seterusnya.
Kaedah pelaporan yang dicadangkan:-
1. Penyediaan laporan
2. Memo
3. Minit mesyuarat.
Posted by Roslinda Binti Roslan at 5:55 PM 0 comments
